Badminton barakan lagi dua emas di AUG 2024

Iklan
Tien Ci-Liew Xun sumbang emas bagi acara beregu lelaki di AUG 2024. Yee Hern-Qi Xuan turut menghasilkan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada hari keenam AUG 2024.

SKUAD badminton negara menjana dua pingat emas buat kontinjen negara pada hari keenam saingan temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang pada Selasa.

Pingat emas pertama negara skuad kendalian Datuk Rashid Sidek itu disumbangkan beregu lelaki, Wong Tien Ci-Liew Xun yang menewaskan gandingan Indonesia, Elgiffani Muhammad Juan-Purnama Reza Dwicahya.

Iklan
Iklan

Set pertama Tien Ci-Liew Xun yang juga pilihan kedua tampil mengasak hebat Elgiffani-Purnama untuk menang 21-19.

Set kedua, Tien Ci-Liew Xun meningkatkan intensiti permainan untuk meninggalkan pilihan pertama kejuaraan itu dengan kemenangan 21-10.

Iklan

Emas kedua negara dibutirkan beregu campuran negara Wee Yee Hern-Ng Qi Xuan yang menyingkirkan cabaran Elgiffani-Jovita Elizabeth dari Indonesia.

Bagaimanapun pilihan kedua kejuaraan itu tunduk 17-21 kepada lawan sebelum bangkit set kedua, 21-17 kemudian mematikan rentak wakil tuan rumah dengan 21-11.

Iklan

Bagaimanapun hasrat pemain perseorangan lelaki, Hooi Shao Herng untuk menambah koleksi emas negara tersekat selepas tewas kepada wakil Thailand, Pusri Nachakorn.

Shao Herng berstatus pilihan kedua dibarakan tentangan hebat Pusri pilihan pertama kejuaraan straight set 21-10, 21-11.

Misi beregu wanita negara, Siow Valeree Zi Xuan-Lee Xin Jie untuk menjulang kejuaraan juga berakhir selepas pertarungan menentang Atitaya Povanon-Chasinee Korepap, 12-21,13-21.

Mengulas prestasi diperagakan anak buahnya di edisi ke-21 itu, Rashid berkata:"Alhamdulillah, kita telah cuba yang terbaik dan inilah keputusannya.

"Kita memperoleh dua emas, dua perak dan satu gangsa pada pada hari terakhir, dengan keseluruhan jumlah pungutan pingat sepanjang kejuaraan dua emas, tiga perak dan dua gangsa.

"Pemain-pemain telah memberikan komitmen dan semangat juang tinggi untuk AUG 2024 kali ini. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakn kejayaan kami. Kami akan terus berjuang dan memberikan keputusan lebih baik pada edisi seterusnya."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!