Tiga kanak-kanak hilang dari pusat jagaan anak yatim

Iklan
Polis kini mengesan tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu. Foto PDRM

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari asrama sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Taman Cemerlang di sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 10.30 malam daripada pihak pengurusan Yayasan Kasih Sayang Kuala Pilah.

Iklan
Iklan

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Pilah telah menyiasat satu laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan yayasan iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"NGO berkenaan menyediakan pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar memaklumkan telah kehilangan tiga kanak-kanak perempuan yang merupakan penghuni asrama yang disediakan pihak yayasan di Taman Cemerlang di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan melibatkan semua elemen dan butiran mereka telah didaftarkan dalam Sistem Nur Alert.

"Polis juga sedang mengesan tempat-tempat yang berkemungkinan dikunjungi oleh mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah kes orang hilang dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengesan kesemua kanak-kanak perempuan tersebut.

Ujarnya, sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Ruzaidi Ismail di talian 012-3648589

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!