Sebar maklumat dalaman polis, pelawak dan isteri direman

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Polis menahan pelawak dan isterinya, pada Isnin untuk siasatan kes sebar maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Difahamkan, pasangan berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira jam 7 petang.

Iklan
Iklan

Polis turut merampas telefon bimbit untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, kedua-dua individu itu direman dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu itu.

Iklan

Sebelum itu, tular di aplikasi Telegram berkaitan gambar pada program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!