CAC lahirkan sembilan SPS berdaya saing

Iklan
Pemilik SPS (belakang) menerima sijil penghargaan pada Majlis Penghargaan Pencapaian SPS selepas berjaya melaksanakan pelbagai program domestik dan antarabangsa.

KOTA BHARU - Kesungguhan sekumpulan pengurusan Pusat Akselerator Kreatif (CAC) di Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), berjaya melahirkan sembilan syarikat pemula siswa (SPS) yang inovatif.

Pengarah CAC, Prof Ahamad Tarmizi Azizan berkata, syarikat berkenaan membawa perubahan dalam bidang perundingan, pengurusan acara, jualan dan runcit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejayaan itu turut disokong oleh rangkaian industri dan komuniti serta agensi kerajaan lain termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Karangkraf Sdn Bhd dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang pembiayaan atau bajet khusus kumpulan namun kami berjaya memupuk budaya inovasi dan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UMK," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, program latihan industri di CAC memberi peluang kepada graduan untuk belajar secara terus daripada pakar industri.

Sementara itu, ahli Lembaga Penasihat CAC, Zulkifli Mat Zan berkata, hala tuju CAC dalam melahirkan usahawan siswazah semakin jelas.

Iklan

Jelasnya, perancangan dan pelaksanaan model keusahawanan yang dipelopori oleh CAC bakal muncul sebagai pusat kecemerlangan untuk melahirkan usahawan siswazah berdaya saing.

"Mereka membuktikan kepakaran melalui penganjuran pelbagai program latihan membabitkan kreativiti dan inovasi

"Usaha itu memberi lebih banyak peluang dan pengalaman untuk menguruskan acara antarabangsa termasuk forum, pameran seni dan webinar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!