Antara banyak majlis kenduri, mana yang wajib dihadiri?

Iklan
MASYARAKAT kita sememangnya kaya dengan pelbagai majlis kenduri antaranya perkahwinan, pertunangan, majlis tahlil, kenduri arwah, doa selamat, kenduri berangkat ke Makkah, 'naik' rumah baharu dan sebagainya. -Foto: Canva

MASYARAKAT kita sememangnya begitu 'kaya' dengan pelbagai majlis keraian mahupun kenduri.

Bukan sahaja kenduri kahwin, adakalanya segelintir orang turut melakukan majlis pertunangan. Begitu juga dengan majlis tahlil, kenduri arwah, doa selamat, kenduri berangkat ke Makkah, 'naik' rumah baharu dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Kadangkala terlalu banyak jemputan diterima pada hari yang sama. Ada undangan majlis kenduri kahwin dan doa selamat yang bertembung masanya.

Situasi itu membuatkan orang yang dijemput tersepit. Buntu mahu memenuhi acara yang mana. Sudahlah bukan dekat lokasinya.

Iklan

Sebenarnya, majlis kenduri apa yang wajib kita hadiri?

Sebelum menghuraikan jawapannya, pendakwah Ustaz Azhar Idrus terlebih dahulu menerangkan maksud majlis iaitu tempat duduk orang ramai berkumpul.

Iklan

"Bagi majlis-majlis lain pula seperti kenduri bertunang, berkhatan, hendak ke Makkah dan sebagainya, hukum menghadirinya adalah sunat.

USTAZ AZHAR

"Ini kerana memenuhi undangan walimah itu ada disebutkan secara jelas dalam hadis yang masyhur,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video soal jawab agama yang dikongsikannya di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)

Bagaimanapun ujar Ustaz Azhar, kewajipan menghadiri walimatulurus itu gugur sekiranya kita mempunyai keuzuran yang dibenarkan.

Sebagai contoh, kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke majlis kenduri berkenaan.

"Barangkali ada yang menerima dua jemputan majlis kahwin di tempat yang berlainan. Misalnya satu di Kuantan, Pahang dan satu lagi di Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Namun begitu, undangan dari Sungai Tong diterima terlebih dahulu, maka wajib pergi ke Sungai Tong dulu.

"Satu lagi contoh, apabila kita hendak pergi kenduri, tiba-tiba sahaja isteri jatuh tangga dan sakit. Kita kena jaga orang sakit, jadi tidak pergi (undangan majlis kahwin), tidak mengapa.

"Selain itu, termasuk dalam keuzuran untuk pergi ke walimah adalah apabila berlakunya hujan lebat, angin ribut dan sebagainya,” terangnya panjang lebar.

"Ya, kita boleh pergi kenduri rumah orang kahwin yang tidak jemput kita, tetapi haram makan (di majlis berkenaan). Kita pergi kerana ia dekat dengan rumah yang mana jika mahu pulang, kena lalu dulu dekat tempat orang kenduri.

DALAM Mazhab Syafie, hanya walimatulurus atau kenduri kahwin sahaja yang wajib dihadiri jika dijemput oleh tuan rumah, manakala hukum menghadiri majlis-majlis lain pula adalah sunat. -Foto: Canva

"Kemudian datang pula kawan-kawan dan mereka panggil untuk bertanyakan khabar kita. Dalam situasi ini, sukar untuk kita ‘lari’ dan tuan rumah pula sibuk di dalam, cuma tak boleh makan kerana kita tidak dijemput. Kalau makan juga, berdosa dan kena bayar ganti rugi (kepada tuan rumah),” ungkapnya.

Sama juga halnya dengan kenduri tahlil. Menurut Ustaz Azhar, kita boleh pergi bertahlil walaupun tuan rumah tidak menjemput.

"Sebaiknya, keluar daripada khilaf adalah lebih bagus. Beritahulah tuan rumah tentang kehadiran kita pada majlis yang mana kita tidak dijemput,” titipnya.