Rakyat Malaysia di Timur Tengah digesa daftar dengan segera

Iklan
Wisma Putra

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang melawat atau menetap di Timur Tengah digesa untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia dalam masa terdekat sekiranya belum berbuat demikian.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, ia susulan kebimbangan terhadap ketegangan konflik di rantau itu.

Iklan
Iklan

"Ini akan memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera sekiranya perlu," katanya pada Selasa.

Ujar Wisma Putra, senarai pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my.

Iklan

"Rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan," jelas pejabat itu.

Tambah kementerian itu, kerajaan akan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia terus terpelihara.

Iklan

"Melalui pejabat Kedutaan, kerajaan terus berhubung rapat dengan rakyat yang telah berdaftar,dan bantuan konsular akan disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan," katanya.

Tambah Wisma Putra, Malaysia secara berterusan telah menyeru kepada gencatan senjata di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi ini tidak merebak.

Terdahulu, agensi berita Antarabangsa, Anadoli melaporkan beberapa negara menyeru rakyat mereka meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah.

Antara negara mengambil langkah itu, Arab Saudi, Australia, Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan dan United Kingdom

Kedutaan Arab Saudi di Beirut pada Sabtu menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan 'meninggalkan wilayah itu dengan segera' dan menekankan keperluan untuk terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada di dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!