Bayar pencen senator: Kerajaan, 2 lagi dibenar rayu keputusan mahkamah

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa memberi kebenaran kepada Kerajaan Malaysia dan dua lagi untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pembayaran pencen kepada senator yang berkhidmat sebelum 2015.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli memutuskan bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pentadbir Parlimen memerlukan hujah lanjut.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, dalam keadaan ini, kebenaran diberikan,” katanya.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Hanipah Farikullah.

Iklan

Terdahulu, pemohon iaitu Datuk Idris Buang dan Datuk Seri Kamarudin Ambon yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Rahazlan Affandi Abdul Rahim serta Liew Horng Bin mengemukakan enam persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada 30 Januari lepas, kedua-dua bekas senator berjaya dalam rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap kerajaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pentadbir Parlimen.

Iklan

Saman mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Januari 2020.

Pada 15 Ogos 2019, mereka mewakili sekumpulan senator yang telah bersara memfailkan saman pemula dengan menamakan Ketua Pentadbir Parlimen, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan kerajaan sebagai responden.

Mereka memfailkan satu permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa mereka berhak kepada pencen yang telah dikira dan disemak semula mengikut kenaikan gaji Ahli Parlimen menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015 (Akta A1491).

Menurut kedua-dua bekas senator, pindaan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

Mereka juga memohon pengiystiharan bahawa mereka berhak menerima pencen yang telah dikira dan disemak semula berasaskan peningkatan ketara (kira-kira 167.45 peratus) gaji semasa Ahli Dewan Negara yang sedang berkhidmat daripada gaji asal RM4,112.79 sebulan kepada RM11,000 sebulan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa responden mempunyai hak untuk menerima pencen yang berkadaran dengan gaji senator sebelum ini.

Mahkamah Rayuan berpandangan Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2015 (Perintah 2015) tidak mempunyai kesan kebelakangan.

Ia hanya dikuatkuasakan pada 4 Mac 2015 iaitu tarikh Perintah 2015 diwartakan.

Kedua-dua bekas senator diwakili oleh peguam Krishna Dallumah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!