Selangor lakar sejarah, aktiviti ekonomi lepasi angka RM400 bilion

Iklan
Selangor mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi berjumlah RM406.1 billion sekali gus menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai aktiviti ekonomi melebihi paras nilai RM400 billion. - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Ekonomi Selangor merekodkan kejayaan baharu dengan menyumbangkan 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2023.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding 25.5 peratus tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Selangor mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi berjumlah RM406.1 billion sekali gus menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai

aktiviti ekonomi melebihi paras nilai RM400 billion.

Iklan

"Saiz dan nilai ekonomi Selangor lebih besar meski pun jika nilai ekonomi dari negeri-negeri utama lain seperti Johor, Sarawak, dan Pulau Pinang digabungkan

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, dari segi prestasi perkembangan KDNK negeri, ekonomi Selangor juga telah berkembang sebanyak RM103.9 billion sejak 2017.

Iklan

" Ia bersamaan dengan peningkatan sebanyak 25.59 peratus selepas pentadbiran baharu mengambil alih pada 2018," katanya.

Beliau berkata, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan Selangor antara empat negeri yang berjaya melepasi pertumbuhan ekonomi paras nasional diikuti Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ujarnya, nadi utama Selangor adalah hasil daripada industri perkhidmatan yang berkembang sebanyak 6.1 peratus dan kini menyumbang kepada 61 peratus daripada keseluruhan aktiviti ekonomi negeri.

"Selain itu, industri pembinaan turut berkembang sebanyak 10.2 peratus pada tahun lalu, manakala industri pembuatan meningkat sebanyak 2 peratus bagi tempoh sama.

"Kini, industri pembuatan menghampiri satu per tiga daripada keseluruhan ekonomi negeri, iaitu sebanyak 29.4 peratus," jelas beliau.

Tambahnya, pengiktirafan daripada DOSM membuktikan sumbangan pemegang taruh utama negeri terdiri komuniti perniagaan serta rakyat menjadi enjin pertumbuhan ekonomi.

Katanya, keyakinan itu diperkukuhkan lagi melalui pentadbiran negeri yang selari dengan pentadbiran peringkat Persekutuan.

"Walaupun begitu, kejayaan ini tidak harus diambil ringan dan menjadi dorongan seluruh pasukan negeri menggunakan peluang ini supaya peningkatan ekonomi negeri tidak bersifat jangka masa sederhana tetapi mencapai pertumbuhan mampan.

" Ini termasuk meningkatkan prestasi ekonomi di peringkat daerah, prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), mencari solusi mampan kepada

cabaran perubahan iklim, menjamin kualiti infrastruktur sentiasa cekap, serta rejuvenasi bandar-bandar matang supaya negeri ini bukan sahaja maju tetapi berdaya huni.

"Hanya dengan pendekatan ini dapat kita terus meyakinkan pelabur tempatan dan luar negara bahawa Selangor mampu terus menjadi negeri pelaburan pilihan utama di Asia Tenggara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!