BN yakin pengundi Sungai Bakap matang

Iklan
Zambry pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy di Bertam pada Selasa.

KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) yakin dengan kematangan pengundi di Sungai Bakap yang akan memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin sekali gus membawa kepada kemenangan parti itu, pada Sabtu depan.

Pengarah Pilihan Raya BN DUN Sungai Bakap, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tempoh berkempen yang diberikan dimanfaatkan sebaiknya untuk menceritakan kepada pengundi kenapa mereka perlu untuk memilih calon PH yang juga mewakili Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apa yang paling penting kempen dijalankan tidak mengambil pendekatan untuk angkuh atau melakukan perkara yang tidak baik seperti menimbulkan kebencian kepada satu-satu pihak.

"Kita gunakan sebaik baiknya untuk menceritakan kepada rakyat kenapa perlu memilih calon daripada Perpaduan kerana kerajaan ini mampu berikan khidmat terbaik untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, beliau merasmikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy di Bertam.

Mengulas lanjut mengenai PRK Sungai Bakap, Zambry yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, isu setempat pasti menjadi tumpuan namun dalam soal berkenaan menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian.

Iklan

Katanya, berkaitan masalah air di kawasan itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah menjelaskan apa yang berlaku selain memberikan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

"Saya yakin dengan kematangan rakyat di Sungai Bakap untuk beri sokongan kepada Cikgu Joohari yang bukan sahaja anak tempatan tetapi mempunyai latar belakang seorang, dan ada kualiti.

"Ini ciri-ciri ini yang mustahak jadi saya harapkan rakyat akan beri sokongan dan kemenangan kepada calon kita pada Sabtu nanti," katanya.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.