Mayat warga emas ditemui dengan kesan cedera di leher

Iklan
Pasukan polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik, HRPB Ipoh.

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan di leher di sebuah bangunan persendirian di Bercham di sini pada Selasa.

Mayat, Yep Nam Meng, 81, dijumpai oleh pengawal keselamatan di koridor tingkat bawah premis berkenaan sekitar jam 2 petang dan terus menghubungi ambulans.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan yang dilakukan petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan kejadian itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis.

Difahamkan bapa kepada dua anak itu tinggal di premis berkenaan dengan bekerja sebagai tukang cuci sejak 10 tahun lalu.

Iklan

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Iklan

Menurutnya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah dikesan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!