Lebih 50 terbunuh dalam rempuhan di India

Iklan
Kejadian rempuh sering berlaku dalam perhimpunan keagamaan dan pesta di India. - Agensi

NEW DELHI - Lebih 50 orang terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sebuah kuil di India pada Selasa.

Kejadian itu berlaku di Hathras Uttar Pradesh, semasa satu himpunan agama 'satsang' berlangsung, yang mana ia berpunca daripada kesesakan yang membawa kepada insiden berkenaan, kata polis.

Iklan
Iklan

Kejadian rempuhan sering berlaku dalam perhimpunan keagamaan dan pesta di India, di mana orang ramai berasak-asak di kawasan sempit yang tidak mempunyai langkah pengawalan kesesakan.

Majistret Daerah Ashish Kumar berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar insiden tersebut.

Iklan

"Pentadbiran daerah sedang menyiasat perkara itu. Mereka yang cedera telah dan sedang dibawa ke hospital," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Rajnath Singh turut merakamkan ucapan takziah dan berkata,"Insiden yang berlaku di daerah Hathras di Uttar Pradesh amat menyakitkan,".

Iklan

"Saya mendoakan kesembuhan segera, pemerintah tempatan akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan kepada semua mangsa," katanya.

Dalam pada itu, siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk menentukan keadaan yang membawa kepada peristiwa tragis itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!