SPRM nafi Azam Baki sebar tohmahan babitkan agensi penguat kuasa

Iklan
Azam Baki

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan, Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan penyebaran tohmahan membabitkan seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan agensi kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.

Iklan
Iklan

"SPRM menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.

"Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan