Alamak! 'UFO' kena tahan polis

Iklan
'Robot manusia' itu akur dengan kesalahan yang dilakukannya. Foto Agensi

JEFFERSON CITY - Kemunculan objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti (UFO) kembali mencuri tumpuan.

Insiden pada kali ini agak berbeza apabila sebuah kenderaan seperti UFO ditahan pihak berkuasa dalam satu sekatan jalan raya di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Polis dari daerah Crawford menahan kereta berbentuk UFO itu kerana melanggar beberapa peraturan termasuk lesen nombor plat negeri Indiana yang tamat tempoh.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak terlalu berang kerana pemandunya, 'robot manusia' yang sangat peramah malah mereka melihat situasi itu amat melucukan.

Iklan

Menurutnya, pemandu 'UFO' tersebut yang 'datang secara aman' iaitu frasa biasa digunakan makhluk asing dalam filem sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah festival di Roswell, New Mexico.

Roswell dikenali sebagai lokasi nahas kapal angkasa pada 1947 dan telah menarik ribuan pengunjung untuk acara tahunan, UFO Encounter Festival yang berlangsung pada bulan Julai.

Iklan

Menerusi e-mel kepada Fox Digital News, pejabat syerif tersebut memaklumkan 'robot manusia' itu telah diberikan surat amaran dan dia juga akur dengan kesalahan yang dinyatakan.

Pengguna media sosial bagaimanapun memberi pelbagai respons malah ada yang mendakwa 'UFO' itu kelihatan seperti kenderaan terbang dipaparkan menerusi filem sains fiksyen terkenal pada 1980-an, Back to the Future.

Beberapa pengguna yang lain turut berkongsi gambar 'UFO' tersebut yang didakwa telah dilihat di bandar lain. - Agensi

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.