Amru bakal ikut jejak Islam Makhachev, Khabib di UFC

Iklan
Amru (kiri) kini dilatih Khabib selepas bapanya, Abdulmanap meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 pada 2020. Foto Agensi

TIDAK dinafikan lagi, Republik Dagestan, Rusia telah melahirkan ramai jaguh sukan tempur di dunia. Paling menonjol dan dikenali ramai ialah bekas juara Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Biarpun telah bersara pada 2021, Khabib mencapai status bintang global kerana aksi dominan dan tidak pernah kalah dalam 29 pertarungan di gelanggang UFC yang juga dikenali sebagai Oktagon.

Iklan
Iklan

Walaupun sudah meninggalkan Oktagon, legasi Khabib diteruskan sahabat baiknya, Islam Makhachev yang mengekalkan status juara Dagestan untuk tali pinggang Lightweight.

Kini, seorang lagi petarung Dagestan, Amru Magomedov dilihat berpotensi meneruskan legasi Khabib di UFC.

Iklan
Amru adalah penyandang juara taling pinggang Lightweights UAE Warriors. Foto Agensi

Amru merupakan anak didik arwah bapa Khabib, Abdulmanap.

Petarung berusia 25 tahun itu kini di bawah bimbingan Khabib serta jurulatih utama mereka, Javier Mendez dan memegang rekod 7-0 dalam karier profesional seni bela diri campuran (MMA).

Iklan

Amru akan mempertahankan tali pinggang Lighweight UAE Warriors menentang Ali Kabdulla dari Kazakhstan pada hujung bulan ini.

Amru (belakang dua dari kiri) bergambar bersama rakan sepelatih termasuk legenda UFC, Cain Velasquez (berdiri, tengah) di AKA, California. Foto Agensi

Apa yang 'menggerunkan' tentang Amru, dia tidak pernah merasai pusingan kedua sepanjang bertarung di UAE Warriros.

Ini kerana Amru menumbangkan semua lawannya di pusingan pertama menerusi gaya 'ground and pound' yang sering ditampilkan Khabib di Oktagon.

Perkara itu menarik perhatian Presiden UFC, Dana White yang dikatakan berminat membawa Amru bertarung di dalam organisasinya.

Pun begitu, White tidak menunjukkan minatnya secara terang-terangan, namun bukan rahsia lagi White menyanjung tinggi petarung-petarung dari rantau Kaukasus.

Amru (tiga kanan) meraikan kemenangan Islam Makhachev yang mempertahankan tali pinggang Lighthweight UFC menentang Dustin Poirier bulan lalu. Foto Agensi

Mendez yang membimbing Khabib sejak 2012 berpendapat Amru memiliki pakej lengkap sebagai petarung MMA.

Malah, Mendez percaya Amru sudah bersedia menyertai organisasi lebih besar seperti UFC.

"Saya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap Amru dan ya dia sudah 100 peratus bersedia untuk bertarung di UFC.

"Amru petarung serba lengkap dan skilnya hampir serupa dengan Islam, Umar (Nurmagomedov) dan Usman (Nurmagomedov).

Amru (kiri) sentiasa berada di samping sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov (tengah) yang juga penyandang juara Lighweight Bellator. - Foto Agensi

"Walaupun dia menggemari gaya 'ground and pound' tapi dia amat berbeza dengan Khabib," katanya.

Khabib sebelum ini sering memberikan pujian melangit kepada Amru dan menyatakan dia adalah petarung terbaik dalam kem mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!