'Lemon Law' antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Iklan
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada sesi Soal Jawab Lisan.

Iklan
Iklan

Shamshulkahar ingin tahu tahap kerjasama yang diberikan pemain industri terhadap cadangan pengenalan undang-undang berkenaan.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) pula meminta penjelasan Menteri Pertahanan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk mengkaji semula lokasi kem-kem tentera sedia ada yang jauh dari sempadan Malaysia-Thailand ke lokasi lebih strategik.

Iklan

Usai sesi itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan bagi usul Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 yang dibacakan buat kali kedua semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga dijadual membacakan buat kali kedua Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!