Ramai pelajar cemerlang mahu biasiswa, lanjut pengajian ke IPT

Iklan
Ramai kalangan pelajar cemerlang SPM lebih mengimpikan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Kerajaan disaran memperluaskan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terutama untuk kemasukan ke universiti tempatan dan luar negara berbanding menawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Noor Azimah Abdul Rahim berpandangan, kuota sedia ada sudah mencukupi selain ramai pelajar SPM bukan bumiputera hanya menduduki sembilan subjek dalam peperiksaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Mereka lebih impikan biasiswa JPA yang menawarkan kemasukan ke universiti dalam dan luar negara, ataupun jaminan penempatan untuk jurusan doktor perubatan.

"Kemungkinan besar pelajar cemerlang 10A (SPM) sudah ada tempat berdasarkan sistem kuota ini. Jadi jaminan tersebut sebenarnya bukan satu isu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Noor Azimah turut memuji tindakan kerajaan memberikan ruang kepada semua pelajar lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas untuk melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi.

Namun ujarnya, ramai kalangan pelajar cemerlang SPM lebih mengimpikan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Iklan

"Pelajar cemerlang akan pandang ke tempat lain untuk raih impian yang dihajati seperti biasiswa ASEAN Kementerian Pendidikan Singapura, yang sememangnya menunggu dan mencari pelajar cemerlang.

"Kita berpeluang untuk memikirkan dan menghalang krisis brain drain dengan memberi penawaran setara kepada semua pelajar yang paling cemerlang,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!