Selepas Rafidah, KJ pula
Iklan
Nampaknya komen orang-orang ‘berpengaruh’ mudah betul jadi mangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Tak lama dulu Tan Sri Rafidah Aziz komen pasal pencen. SKMM turunkan posting itu. Khabarnya Menteri Komunikasi terpaksa mohon maaf pada mantan menteri itu.
Terbaharu, posting Khairy Jamaluddin (KJ) dalam aplikasi TikTok pula jadi mangsa. Salahnya, KJ komen tentang saham MAHB yang nak dijual pada BlackRock. Cepat-cepatlah Menteri Komunikasi buat kenyataan bahawa bukan kementeriannya atau SKMM yang arahkan atau diberi arahan turunkan posting itu. Katanya itu berdasarkan ‘garis panduan komuniti’.