Kerjasama strategik PSM, Mara dan Felda

Iklan
Mohd Sumali. Foto Agensi

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) membuka lembaran baharu apabila bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi melahirkan pemain yang berpendidikan pada masa depan.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kerjasama itu membolehkan pemain sepak takraw negara memilih untuk belajar mendapatkan sijil atau diploma bagi mencerahkan peluang memperoleh kerja lebih baik.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mereka bukan sahaja diberikan pelajaran tetapi akan berlatih untuk skuad pelapis negara bersama barisan jurulatih yang terpilih.

"Antara perkara lain yang dibincangkan adalah kerjasama PSM dengan Giat Mara.

Iklan

"Kita juga usahakan untuk dapat sijil atau diploma bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang mungkin pencapaian kurang memuaskan tapi ada kualiti untuk diketengahkan dalam sukan sepak takraw," katanya.

Beliau menjelaskan, bagi memastikan ia menjadi platform untuk mendapatkan lebih ramai atlet pelapis, PSM terus bergerak dengan mengambil 12 pemain sebagai perintis untuk program tersebut.

Iklan

"Fasa pertama selesai dengan 10 pemain kita tempatkan di Giat Mara khusus peringkat sijil dan dua lagi diploma.

"Mereka akan dapat dua iaitu akademik dan diserap ke dalam skuad pelapis negara. Mereka akan dilatih jurulatih bertauliah yang akan ditentukan oleh PSM.

Latihan sepak takraw diadakan di Kolej kemahiran Tinggi MARA, Kuantan, Pahang.

"Ini perkara baharu, bagus dan menarik. Bukan setakat lelaki, tapi PSM juga akan beri fokus kepada wanita," ujar Sumali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!