Jualan Rahmah Madani untuk rakyat

Iklan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara pempamer yang akan terlibat dalam Karnival Rakyat Karangkraf tahun ini.

SHAH ALAM - Karnival Rakyat Karangkraf menyediakan lebih 60 reruai yang terdiri daripada 35 pempamer dan 30 gerai di SinarPlus Makan Fest pada 26 hingga 28 Julai depan.

Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, jumlah berkenaan dijangka bertambah kerana pendaftaran untuk penyertaan vendor masih dibuka sehingga 17 Julai ini.

Iklan
Iklan

"Di ruangan pertama, kita ada 35 reruai terdiri daripada pempamer, antaranya Nims Adeliciousz Sdn Bhd (Nims), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Rakyat, PublicGold, Farm in The City dan Tomkraf, manakala ruang kedua menyediakan kira- kira 30 gerai jualan makanan untuk SinarPlus Makan Fest.

"Bagi mereka yang berminat untuk sertai vendor kita, boleh hubungi 019-229 7270 (Airol Fadley) dan 012-627 6411 (Mohd Ariff Hashim) untuk maklumat lanjut,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Karnival Rakyat Karangkraf membawakan lebih 60 pertandingan dan aktiviti tradisional menarik yang boleh disertai oleh masyarakat pelbagai lapisan umur tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Pelbagai pertandingan dianjurkan antaranya Sukaneka Kampung, SinarPlus Mencari Siti, Pakaian Kucing Tercantik Tomkraf dan Riuh Rewang.

Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk meraikan keunikan warisan budaya Malaysia dan memberikan penghormatan kepada pembaca Sinar Harian yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan.

Iklan

Bertemakan tradisional dan kerakyatan, karnival tersebut mengetengahkan dua komponen utama iaitu Sukan Rakyat dan Pentas Rakyat.

Karnival Rakyat Karangkraf akan diadakan pada 26 sehingga 28 Julai ini bermula jam 9 pagi hingga 7 malam di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Dalam pada itu, Airol Fadley memaklumkan, antara aktiviti menarik yang disediakan ialah SinarPlus MakanFest, Fiesta Kucing Tomkraf, Jualan Rahmah, permainan tradisional dan sukan kampung, rumah hantu dan cabutan bertuah.

Tambahnya, pelbagai pertandingan dianjurkan, antaranya Sukaneka Kampung, SinarPlus Mencari Siti, Pakaian Kucing Tercantik Tomkraf dan Riuh Rewang.

"Untuk Riuh Rewang, kita akan mengundang 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk turut serta dalam aktiviti berkenaan.

"Kita akan ada 10 kumpulan terdiri daripada lima ahli dan perlu menyediakan tiga jenis masakan (lauk, kuih atau manisan) untuk 20 orang.

"Makanan tersebut akan mendapat penilaian 60 peratus pemarkahan juri, manakala 40 peratus lagi daripada orang awam,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!