Baik buruk tindakan U-turn
Iklan
Kata orang tua-tua, ‘kalau sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan’. Nasihat ini amat berguna lagi bermakna buat kita, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini.
Masa dirasakan bergerak laju. Manusia juga sentiasa bertindak pantas. Malangnya ramai yang terbabas. Malang juga bila yang terbabas pula sukar hendak membuat U-turn bagi mencari jalan yang berbeza dan sesuai.
Mengapakah semakin ramai di kalangan kita yang malu hendak mencari jalan yang betul dan sesuai setelah tersesat? Barangkali kerana malu. Malu juga adalah kerana ego lalu tidak mahu orang lain melihat tindakan berpatah balik itu sebagai tindakan orang yang salah dan kalah.