Belanda perlu konsisten jika mahu jadi juara

Iklan
Pemain Belanda meraikan jaringan Cody Gakpo (dua, kiri) ketika menentang Romania. Foto EPA

BELANDA perlu mengekalkan tahap prestasi yang ditunjukkan ketika kemenangan 3-0 ke atas Romania pada pusingan 16 terakhir Euro 2024 pada awal pagi Rabu jika mereka ingin merangkul kejuaraan tahun ini, kata jurulatih Ronald Koeman.

Gol daripada Cody Gakpo dan pemain gantian Donyell Malen yang meledak dua gol mengesahkan kemenangan pasukan itu untuk mara ke suku akhir.

Iklan
Iklan

Ia prestasi yang jauh berbeza daripada persembahan suram ketika kalah 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan minggu lalu.

"Adakalanya sukar untuk menjelaskan mengapa anda bermain buruk dalam satu perlawanan dan kemudian boleh mencapai tahap tinggi pada perlawanan seterusnya.

Iklan

"Kami tajam dari awal perlawanan hari ini dan itu menjadikan aksi berbeza. Mungkin satu titik kritikal ialah ia mengambil masa terlalu lama untuk menjaringkan gol kedua," katanya.

Belanda akan berdepan Turkiye pada suku akhir Ahad depan dan Koeman percaya serangan mereka dari kedua-dua sayap dan persembahan cemerlang di bahagian tengah oleh Xavi Simons akan menjadi kunci kemenangan.

Iklan

"Jika ingin ke final di Berlin pada 14 Julai, mereka tidak boleh membiarkan prestasi menjunam lagi.

"Keputusan sentiasa menjadi perkara yang paling penting, tetapi kami adalah Belanda dan di Belanda kami perlu bermain dengan baik dan menyerang.

"Keseluruhan persembahan hari ini adalah luar biasa dan itulah yang perlu kami lakukan untuk meneruskan kejohanan ini. Ini tahapnya, jika kami turun daripada apa yang kami pamerkan, kami tidak akan ke final," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!