Ringgit mengukuh menjelang pengumuman data ekonomi AS

Iklan
Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu menjelang pengumuman data penting ekonomi negara maju itu pada lewat hari ini. Gambar hiasan

RINGGIT lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu menjelang pengumuman data penting ekonomi negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Pada 9.02 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7130/7170 berbanding dolar AS daripada 4.7200/7225 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran sememangnya menjangkakan pengumuman siri data penting pada malam ini, termasuk perubahan berkaitan pekerjaan ADP AS.

"Data lain adalah tuntutan pengangguran awal dan Indeks Pengurus Pembelian Institut Pengurusan Bekalan AS (ISM) bagi sektor bukan pembuatan.

Iklan

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9170/9197 daripada 2.9195/9213, susut berbanding pound Britain kepada 5.9794/9845 daripada 5.9628/9659 dan rendah berbanding euro kepada 5.0646/0689 daripada 5.0556/0583, sebelum ini.

Iklan

Berbeza dengan prestasi berbanding mata wang utama, ringgit sebaliknya mengukuh berbanding mata wang serantau lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4736/4768 daripada paras 3.4737/4757 semalam dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7937/8096 daripada 12.8021/8141.

Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.02/8.03 dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 287.4/287.8 daripada 287.8/288.1. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!