Pemandu kereta langgar dua penunggang motosikal dibebas dengan jaminan polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

HULU SELANGOR - Pemandu kereta yang ditahan kerana disyaki melanggar dua penunggang motosikal di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, pada Ahad dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu tidak disambung.

Ahmad Faizal

Iklan
Iklan

"Siasatan terhadap lelaki itu telah selesai, dia telah diberikan jaminan polis sehingga ada arahan lanjut untuk siasatan kes berkenaan.

"Pihak polis dalam proses menunggu laporan pakar, kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada Isnin, media melaporkan siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan memandu kereta jenis Perodua Bezza dari arah Rawang menuju ke Ulu Yam cuba memotong kenderaan di hadapannya, kira-kira jam 6.58 petang, Ahad.

Lelaki berkenaan bagaimanapun telah melanggar dua buah motosikal dari arah bertentangan.

Video tular yang memaparkan insiden kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh pada Ahad.

Iklan

Penunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Seorang lagi mangsa berusia 53 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda cedera dan dibawa ke zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Pemandu kereta tersebut direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!