Kem olahraga jana emas lagi

Iklan
Nani meraikan kemenangan bersama Nurrul Ainin dan Jamela di UNIESA.

KEM olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.

Atlet lontar peluru, Nani Sahir Maryata membutirkan emas pertama saingan hari kelapan temasya dwi tahunan acara lontar peluru wanita sekali gus membarakan misi 35 emas Malaysia pada edisi ke-21 di bumi Surabaya.

Nani Sahir Maryata

Iklan
Iklan

Dalam acara yang berlangsung di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA) itu, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) berusia 22 tahun dari Kuantan Pahang tersebut mencatat balingan 15.20 meter (m).

Pingat perak juga menjadi milik Malaysia menerusi seorang lagi atlet UPM, Nurrul Ainin Syauqina Mohd Nor Azahar (12.48m) diikuti atlet Filipina juga penuntut University of Santo Thomas, Jamela de Asis (11.69m).

Iklan

Pada hari keenam Selasa, pemegang rekod kebangsaan lempar cekera wanita, Queenie Ting Kung Ni membuka gelanggang olahraga dengan butiran emas

Nani meraikan kemenangan bersama Nurrul Ainin dan Jamela di UNIESA.

Penuntut UPM itu meninggalkan dua pesaing terdekat dari Indonesia, Wahyu Nur Aini (43.41m) dan Maria Aviliationo (42.47m) dengan catatan 45.23m).

Iklan

Pencapaian diraih atlet kelahiran Sarike, Sarawak sekali gus mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi Ubon Ratchathani 2022.

Impak emas juga diteruskan atlet lompat jauh, Andre Anura Anuar kemudiannya apabila menambah satu lagi pingat emas hasil lompatan 7.46m untuk mengekalkan pingat emas dijanakan dalam acara sama pada edisi 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!