Pelawak, isteri dibebas dengan jaminan polis

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Pelawak dan isterinya yang ditahan pada Isnin berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram akan dibebaskan dengan jaminan polis, pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu yang remannya tamat pada Rabu akan diberi jaminan polis dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Iklan
Iklan

"Siasatan tindakan tatatertib juga akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan pelawak serta isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.

Iklan

Pada masa sama, telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, pada 7 malam Isnin.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!