KDN rampas tapak mencetak bahan bacaan lucah

Iklan
Nik Yusaimi (dua dari kiri) menunjukkan tapak pencetak bahan bacaan lucah di sebuah premis di Seri Kembangan, Selangor yang dirampas menerusi Ops Cetak 1.0.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas tapak mencetak dipercayai untuk bahan bacaan lucah di sebuah premis pencetakan di Seri Kembangan, Selangor.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, premis itu adalah antara tiga premis yang diserbu sempena Ops Cetak 1.0 bagi tahun 2024 yang bermula 1 hingga 14 Jun lalu kerana dikenal pasti mencetak bahan bacaan lucah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tiga premis yang menjalankan pencetakan haram itu terletak di Seri Kembangan dan di Klang, Selangor.

"Dalam serbuan di tiga premis ini, tiga lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kesemua mesin cetak yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM600,000," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Superintenden Mohd Fahmi Sumali.

Iklan

Mengulas lanjut Ops Cetak 1.0 di seluruh negara, Nik Yusaimi berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 1,759 premis dan sebanyak 119 kertas siasatan dibuka.

Menurut beliau, sebanyak 19,924 pelbagai jenis hasil penerbitan telah disita dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1.2 juta.

Nik Yusaimi (depan, dua dari kanan) menunjukkan bahan bacaan lucah yang dirampas KDN di seluruh negara menerusi Ops Cetak 1.0.

"Seramai 50 warga tempatan ditahan melibatkan 47 lelaki dan tiga wanita serta seorang lelaki warga asing.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 90-an," katanya.

Beliau berkata, tindakan diambil berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 3(4) dan 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Tambah beliau, selain bahan bacaan jelik termasuk buku dan majalah, pihaknya turut merampas alatan seks, aksesori serta pakaian yang memaparkan elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau berkata, pihak KDN turut membuat sitaan terhadap alat mainan seks di beberapa negeri seperti di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah.

Kata beliau, jumlah sitaan melibatkan alat mainan seks berjumlah 15,602 unit dengan nilai keseluruhan berjumlah RM540,000.

"Tujuh warga tempatan iaitu lima lelaki dan dua wanita telah ditahan untuk kesalahan ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!