Kereta terbabas langgar pokok, KPDN kejar penyeludup 7km

Iklan
Anggota penguat kuasa KPDN terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan terbabas dan melanggar sebatang pokok.

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 550 liter minyak petrol di Kampung Bunohan di sini pada Selasa.

Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa KPDN terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Preve sedang parkir di Kampung Pak Keral.

"Semasa anggota bertugas mahu melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba pemandu kenderaan memecut laju ke arah Kampung Bunohan," katanya.

Iklan

Menurut beliau, setiba di lokasi kereta yang dipandu suspek hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kampung Bunohan.

Ujarnya, suspek kemudian telah bertindak melarikan diri dan gagal dikesan oleh anggota penguat kuasa.

Iklan

Azman memberitahu, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 550 liter minyak petrol bernilai RM1,127.50.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"KPDN Kelantan sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.

"Dalam masa yang sama juga kami mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 kilometer dari sempadan negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!