Beri hibah kepada bukan Islam, adakah dibolehkan?

Iklan
HARUS bagi orang Islam menghibahkan sesuatu kepada orang bukan Islam sebagaimana sah mewasiatkan harta kepada mereka dengan syarat tertentu. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

LAZIMNYA seseorang akan memberi hibah atau hadiah kepada insan tersayang dan begitu dekat dengan dirinya.

Baik pasangan, anak mahupun ibu bapa, mereka antara individu yang sering menjadi keutamaan untuk menerima habuan hibah harta kita ketika masih hidup.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, ramai orang kini mula sedar tentang kepentingan hibah yang menjadi antara satu instrumen pengurusan harta dianjurkan dalam Islam.

Bagaimanapun, bolehkah hibah diberikan kepada orang bukan Islam?

Iklan

"Antara syarat penerima hibah itu ialah dia merupakan orang yang berkelayakan untuk menerima hak milik atau dalam erti kata lain, boleh memiliki.

"Bahkan, ia dikuatkan lagi dengan athar Umar bin Al-Khattab RA yang pernah memberikan kain kepada saudaranya yang musyrik di kota Makkah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi li al-Fatawi #1987: Apakah Boleh Hibah Kepada Orang Bukan Islam yang disiarkan di laman web rasmi pejabat mufti tersebut pada Isnin.

Iklan

Firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah: 8)

AGAMA tidak menjadi syarat untuk perbuatan hibah. -Foto: Canva

Melihat ungkapan nas itu, jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ALLAH SWT memberikan keringanan kepada umat Islam untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka yang tidak memusuhi atau membunuh orang Mukmin.

"Ia termasuklah perbuatan memberikan hadiah atau menghibahkan sesuatu kepada mereka.

"Bukan itu sahaja, agama juga tidak menjadi syarat untuk perbuatan hibah itu berlaku. Syarat bagi kedua-duanya adalah sama dengan syarat jual beli.

"Justeru, cukup sekadar dia memenuhi syarat bagi penerima hibah iaitu berkelayakan untuk menerima hak milik hibah tersebut dan ia boleh diterima oleh semua manusia yang dilahirkan termasuk bukan mukalaf seperti kanak-kanak dan orang gila,” katanya.

Sama juga halnya dengan pemberian wasiat kepada golongan bukan Islam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para fuqaha dalam kalangan Mazhab Hanafi, Hanbali dan pandangan muktamad Mazhab Syafie menyatakan, sah seorang Muslim memberi wasiat kepada kafir zimmi (tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam) atau situasi sebaliknya.

"Ini kerana orang kafir itu tidak dinafikan hak pemilikannya seperti sahnya jual beli dan hibah kepada orang kafir, begitu juga dengan wasiat,” terangnya.

"Bahkan menurut ijmak, harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya.

"Namun begitu, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana disebut secara jelas dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari,” katanya.

Ia sepertimana disebutkan Baginda SAW menerusi sabdanya: "Bertakwalah kepada ALLAH SWT dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)