Nilanshi Patel 'Rapunzel' dunia

Iklan
Nilanshi Patel miliki rambut terpanjang dan tercatat dalam Guiness World Records. - Foto: Instagram Guiness World Records

NEW DELHI - Seorang gadis mengekalkan gelarannya memiliki rambut terpanjang di dunia sekali gus tercatat dalam Guiness World Records.

Nilanshi Patel, 17, dari Pekan Modasa, Gujarat terpaksa mengambil masa satu jam setiap hari untuk menyikat rambutnya yang berukuran lebih 190 sentimeter (cm).

Iklan
Iklan

Menerima jolokan 'Rapunzel', Nilanshi mula menyimpan rambutnya selepas berdepan pengalaman pahit ketika memotong rambut di sebuah kedai ketika berusia enam tahun.

Sejak peristiwa itu, rambut Nilanshi tidak dipotong dan semakin panjang dari tahun ke tahun sehingga dia terpilih sebagai pemegang rekod dunia November 2018 dengan ukuran 170.5 cm, lapor Hindustan Times.

Iklan

Bagi menjaga rapi rambutnya, Nilanshi memakai kasut tinggi bagi mengelakkan rambutnya mencecah lantai dan jika mahu membasuh rambut, dia turut meminta bantuan ibunya.

"Saya melakukan apa yang dilakukan setiap remaja. Basuh rambut setiap minggu dan minyak sekali atau dua kali seminggu.

Iklan

"Saya akan keringkan rambut dibawah sinaran matahari atau menggunakan pengering rambut," katanya memiliki impian mahu menjadi jurutera.

Katanya, dia berdepan masalah ketika melakukan aktiviti berenang namun ia tidak menjadi halangan untuk beriadah bersama rakan-rakannya.