Andre Anura tekad tampil cemerlang

Iklan
Dalam lompatan kelima penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berjaya menampilkan lompatan 7.46 meter (m) di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA) bagi mengekalkan penguasaan kontinjen negara dalam acara itu selepas edisi Ubon Ratchathani 2022.

"SAYA berdepan masalah dari segi rentak dan 'run up' yang menyebabkan lompatan banyak dibatalkan sebelum ini."

Itu reaksi jaguh lompat jauh negara, Andre Anura Anuar yang mengakui bergelut mendapatkan rentak terbaik sebelum membutirkan kilauan pingat emas kedua kontinjen Malaysia saingan hari ketujuh temasya di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Selasa.

Andre Anura membutirkan kilauan pingat emas kedua kontinjen Malaysia saingan hari ketujuh temasya di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Selasa.

Iklan
Iklan

Dalam lompatan kelima penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berjaya menampilkan lompatan 7.46 meter (m) di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA) bagi mengekalkan penguasaan kontinjen negara dalam acara itu selepas edisi Ubon Ratchathani 2022.

"Semuanya berjalan lancar pada sesi latihan, cuma dari segi rentak kurang memberangsangkan kerana semuanya berubah ketika hari pertandingan.

Andre Anura (tengah) mengakui bergelut mendapatkan rentak terbaik sebelum membutirkan kilauan pingat emas kedua kontinjen Malaysia saingan hari ketujuh temasya di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Selasa.

Iklan

"Saya takut semua lompatan batal jadi tiada keputusan. Selepas lompatan keempat, baru saya dapat rentak dan pada lompatan kelima baru dapat buat 7.46m.

"Saya akan bawa rentak pada hari ini (Selasa ) untuk acara seterusnya dan daripada situ, saya akan buat persiapan yang rapi untuk acara lompat kijang nanti," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Sebagai rekod, Andre Anura dijangka tampil sekali lagi di balapan bagi acara lompat kijang pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!