Laporan PAC dibentang minggu depan, bukti kejayaan reformasi institusi

Iklan
Tze Tzin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Audit pindaan 2024 Bacaan Kali Yang Kedua, di Dewan Rakyat pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula sesi yang bersidang minggu hadapan.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, perkembangan tersebut menjadi sebahagian daripada bukti reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu, Rang Undang-Undang Audit Pindaan 2024 dan perbahasan laporan audit di Parlimen juga menjadi kejayaan reformasi daripada kerajaan.

"Untuk pengetahuan NGO (badan bukan kerajaan) seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) tiga perkara ini adalah reformasi institusi dijanjikan Kerajaan Madani.

Iklan

"Mereka selalu kata kerajaan lewat dan tak lakukan reformasi institusi. Inilah bukti bahawa kejayaan Kerajaan Madani untuk lakukan reformasi," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Audit pindaan 2024 Bacaan Kali Yang Kedua, di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, RUU berkenaan merupakan satu bentuk reformasi institusi yang sangat bermakna kerana selama ini jabatan audit tidak ada kuasa untuk meluaskan kuasa mengaudit syarikat-syarikat persendirian yang menerima geran kerajaan.

Iklan

"Kita tahu keterbatasan itu menyebabkan tangan-tangan ghaib daripada audit tersekat.

"Kita tahu sejarah jabatan audit penuh dengan liku-liku yang susah dan terutamanya pada 2015 hingga 2018 di mana pegawai-pegawai jabatan audit lakukan siasatan skandal besar penuh dengan tekanan, pelbagai dugaan sehingga pegawai diugut, ditukar dan dikenakan tindakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!