Selangor terus terajui ekonomi negara

Iklan
Info grafik dikongsi Amirudin di laman media sosialnya. Amirudin Shari (kanan).

SHAH ALAM - Peningkatan sumbangan Selangor sebanyak 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional tahun lalu membuktikan pentadbiran kerajaan negeri berada pada landasan yang tepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah dan usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan di negeri tu juga akan membawa Selangor ke puncak kegemilangan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, negeri Selangor terus mencatat kejayaan demi kejayaan.

"Berbekalkan usaha gigih semua pihak dan ikhtiar kerajaan negeri yang sentiasa memberi yang terbaik, kita menerima khabar gembira apabila Selangor terus menerajui pembangunan ekonomi negara.

Iklan
Kenyataan Menteri Besar Selangor di laman Facebooknya pada Rabu.

"Peningkatan sumbangan KDNK, nilai aktiviti ekonomi mencecah RM 400 bilion serta saiz ekonomi yang meningkat adalah bukti bahawa Kerajaan Perpaduan Selangor di landasan tepat atau pun ‘on the right track’ bagi membawa negeri ini ke puncak kegemilangan," katanya pada Rabu.

Dalam hantaran sama d laman Facebooknya itu, Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada barisan penjawat awam, pihak swasta, komuniti perniagaan serta rakyat Selangor atas kejayaan terbabit.

Iklan
Info grafik dikongsi Amirudin di laman media sosialnya.

"Saya rakamkan penghargaan kepada barisan penjawat awam, pihak swasta, komuniti perniagaan serta sudah tentu rakyat Negeri Selangor atas kejayaan ini.

"Insya-ALLAH kami akan terus bekerja lebih kuat agar Selangor terus maju lebih hebat," kata Menteri Besar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!