Anggota polis curi 180kg keju hilang kerja

Iklan
Anggota polis berkenaan mencuri sembilan bungkusan keju, setiap satu seberat 20kg bernilai RM2,803. Gambar hiasan 123rf

KOBLENZ (Jerman) - Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180 kilogram (kg) keju cheddar daripada sebuah lori terbalik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ini selepas sebuah mahkamah di negeri Rhineland-Palatinate menolak rayuan lelaki itu pada Selasa, mengekalkan sabitan bersalah ke atasnya.

Iklan
Iklan

Menurut mahkamah, anggota polis itu bertugas dengan polis lebuh raya dan sepatutnya mengawal tempat kejadian.

Dia telah memandu sebuah bas polis ke kawasan kontena lori yang rosak dan meminta pekerja syarikat penyelamat di situ untuk menyerahkan beberapa bungkusan keju kepadanya.

Iklan

Dia mencuri sembilan bungkusan keju, setiap satu seberat 20kg bernilai €554 (RM2,803).

Dalam rayuannya, anggota polis itu menyatakan bahawa keju itu tidak bernilai dan dia hanya mahu menyelamatkannya daripada dimusnahkan. Dia sendiri langsung tidak makan keju cheddar.

Iklan

Bagaimanapun, mahkamah mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan lelaki itu telah melakukan kecurian semasa bertugas dengan pakaian seragam dan senjata perkhidmatannya.

"Dengan kelakuan ini, defendan telah merosakkan reputasi pasukan polis negara," kata mahkamah.

Mahkamah menyatakan bahawa nilai keju itu tidak penting dan menjadi tanggungjawab pegawai untuk mencegah kecurian. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!