Polis kesan lelaki berkait kes ATIPSOM
Iklan
Lelaki yang dikehendaki polis.
KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang ingkar hadir ke perbicaraan di Mahkamah Seksyen di sini berhubung kes di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, individu yang dicari itu ialah Mohamad Fazley Jaafar, 29, beralamat di 394-1 Kampung Gelugor, Lorong 8, Kerteh, Kemaman.