Tiada lagi Ronaldo di Euro

Iklan
Cristiano Ronaldo. Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo mengakui kejohanan Euro di Jerman akan menjadi yang terakhir dalam karierrnya.

Ronaldo akan berusia 43 tahun pada Euro seterusnya di United Kingdom dan Ireland pada 2028 dan mengesahkan tidak akan bermain pada kejohanan itu.

Iklan
Iklan

"Tanpa ragu-ragu, ini kejohanan Eropah terakhir saya,” kata Ronaldo kepada akhbar Portugis O Jogo selepas perlawanan.

"Tetapi saya tidak beremosi tentang perkara itu. Saya terharu dengan segala yang berlaku dalam bola sepak, semangat yang saya ada untuk sukan ini, semangat untuk melihat penyokong, keluarga, kasih sayang orang ramai terhadap saya.

Iklan

"Membuat orang gembira adalah perkara yang paling memotivasikan saya," katanya.

Ronaldo mencipta rekod pemain beraksi dalam enam kejohanan Euro selain memegang rekod penjaring terbanyak kejohanan dengan 14 gol.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!