Sidang Kemuncak Masa Hadapan bincang perjanjian pakatan global baharu

Iklan
Sidang Kemuncak Masa Hadapan diadakan pada 4 Julai bermula jam 4.30 petang hingga 6 petang bertempat di Universiti Sunway.

SHAH ALAM - Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia dan Institut Pengajian Lanjutan Universiti Malaya (UM) bersama-sama menganjurkan program ‘Sidang Kemuncak Masa Depan: Satu perjanjian pakatan global baharu untuk dunia yang aman, inklusif dan mampan’.

Naib Presiden Asia dan Ketua Pejabat Kuala Lumpur untuk SDSN memerangkap Profesor Penyelidik di Universiti Sunway, Profesor Woo Wing Thye berkata, persidangan berkenaan penting untuk membayangkan semula tadbir urus global.

Iklan
Iklan

"Ia juga membicarakan tentang cara membawa perubahan kepada peringkat tempatan. Pakatan itu akan mewujudkan komuniti antarabangsa yang lebih responsif yang boleh menangani krisis global,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Wing Thye

Mengulas lanjut, Wing Thye memberitahu bahawa sidang kemuncak itu akan menampilkan dua panel iaitu Presiden SDSN, Profesor Jeffrey Sachs dan Penyelaras Residen PBB di Malaysia, Singapura dan Brunei, Karima El Korri.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memberitahu Setiausaha Agung persidangan itu telah mengeluarkan 11 taklimat dasar tematik untuk menyediakan butiran lanjut berkenaan cadangan.

Jelasnya, 11 taklimat dasar itu telah dipendekkan kepada lima bab dalam sidang kemuncak berkenaan itu pembiayaan, keamanan dan keselamatan, kerjasama digital, belia dan generasi muda masa hadapan serta tadbir urus global.

Iklan

"Karima El Korri akan memberikan gambaran ringkas tentang Sidang Kemuncak Masa Depan dan tiga hasil drafnya yang sedang dirundingkan iaitu ‘Pakatan untuk Masa Depan’, ‘Deklarasi Generasi Masa Depan’ dan ‘Global Digital Compact’.

"Sementara itu, Profesor Jeffrey Sachs akan memperkembangkan tentang mendesak situasi global termasuk konflik dan krisis berterusan yang dihadapi oleh dunia dan masyarakat kita,” ujarnya.

Sidang kemuncak itu akan berlangsung pada 4 Julai di Universiti Sunway (JC1, tingkat 1) jam 4.30 petang hingga 6 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!