KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap kerajaan mempertimbangkan permintaan persatuan itu untuk mendapatkan kuota haji tambahan bagi ahlinya.
Presidennya, Datuk Ismail Abidin berkata, penambahan itu perlu kerana ramai ahlinya yang mempunyai jumlah simpanan wang mencukupi untuk menunaikan haji namun masih menunggu giliran untuk ke Tanah Suci.