KAJANG - Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki disyaki memukul seekor anjing di balkoni sebuah apartmen di Batu 9 Cheras di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.47 tengah malam, berkaitan video tular yang memaparkan lelaki berkenaan memukul haiwan peliharaannya dengan menggunakan tangan.