242,000 dipindah akibat ribut di timur China

Iklan
Pemandangan udara menunjukkan bangunan dan jalan ditenggelami air selepas hujan lebat melanda di Yueyang, wilayah Hunan.- Agensi

BEIJING - Hampir suku juta orang dipindahkan di timur China ketika ribut hujan melanda seluruh negara dan menyebabkan Sungai Yangtze dan tali air melimpah, lapor media pada Rabu.

China telah berdepan cuaca ekstrem seperti hujan lebat luar biasa dan gelombang haba sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Laporan Xinhua mengesahkan kejadian ribut itu menjejaskan seramai 991,000 penduduk di wilayah Anhui dan memaksa 242,000 orang dipindahkan menjelang petang Selasa.

Jabatan Pengurusan Kecemasan memaklumkan cuaca buruk itu telah menyebabkan bencana di 36 daerah dan di tujuh bandar di Anhui.

Iklan

Media tempatan turut melaporkan Sungai Yangtze yang terpanjang di Beijing juga menyaksikan paras air di bahagian Anhui melebihi paras amaran dan terus meningkat.

Hujan lebat juga menyebabkan paras air berjaga-jaga di 20 sungai lagi dan enam tasik di wilayah tersebut.

Iklan

Menurut saintis, China yang merupakan pengeluar utama gas rumah hijau telah mendorong perubahan iklim dan menjadikan kejadian cuaca ekstrem lebih kerap dan teruk di negara Asia Timur itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!