Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua

Iklan
Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas semasa hadir ke rumahnya pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu di peringkat permulaan susulan kejayaan menguruskan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat pengamal media.

Iklan
Iklan

"Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.

Iklan

Fahmi juga berkata sejak 1 Julai lepas, hampir 600 pengamal media yang berkhidmat sebagai pemberita sambilan dan mereka yang dilantik secara kontrak mula menerima manfaat daripada caruman PERKESO yang diumumkan Mei lepas.

Pada 27 Mei lepas, ketika Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan menampung caruman PERKESO buat 565 pengamal media sambilan bagi tempoh setahun dan ia akan disalur melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!