Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul hampir RM80,000

Iklan
Mohd Najwan (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Johan (empat dari kanan) sambil disaksikan Amirudin (tengah) dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

JUMLAH sumbangan diterima menerusi Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula dari 26 Jun lalu berakhir dengan jumlah terkumpul mencecah sebanyak RM76,490.06.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil sumbangan diserahkan sepenuhnya kepada Selangor FC bagi membantu kelab memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi.

Iklan
Iklan

"Susulan daripada keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC, kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula pada 26 Jun sehingga 2 Julai.

"Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan solidariti kepada Selangor FC," katanya pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kutipan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini.

Amirudin (engah) ditemui pada Majlis Penyerahan Kutipan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Iklan

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 kepada Selangor FC kerana ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Bagaimanapun, MFL telah mengurangkan hukuman yang dikenakan daripada RM100,000 kepada RM60,000 terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Manakala bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

Menteri Besar mengulas lanjut berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor yang mencerminkan ketegasan dan kepekaan baginda terhadap pelbagai isu dan ketidakadilan dihadapi Selangor FC.

Ujarnya, berdasarkan kepada sambutan diterima melalui Sumbangan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kerajaan negeri juga dapat melihat bagaimana sokongan kuat diberikan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku di dalam Liga Bola Sepak Malaysia.

"Selain daripada sumbangan dari orang awam, kita turut menerima sumbangan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KDEB Waste Management serta badan-badan korporat," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!