Harga petrol, diesel kekal sehingga 10 Julai

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, kekal pada paras RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!