Rasuah projek lebuh raya: Dua pengarah syarikat sub kontraktor ditahan

Iklan
Seorang pengarah syarikat sub kontraktor ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu kerana disyaki memberi rasuah membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

KUALA LUMPUR - Dua lagi individu ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu berhubung kes rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Sumber berkata, tahanan reman kedua-dua individu itu melibatkan pengarah syarikat sub kontraktor yang berusia lingkungan 50-an.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki dan perempuan ditahan antara jam 5 petang hingga 7 malam pada Selasa.

"Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya," katanya pada Rabu.

Iklan
Seorang pengarah syarikat sub kontraktor ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu kerana disyaki memberi rasuah membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Jelasnya, kedua-dua suspek merupakan pengarah daripada syarikat yang sama dan disyaki memberi rasuah kepada pegawai badan berkanun.

Katanya, suapan itu sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan oleh satu syarikat lain.

Iklan

Susulan penahanan itu, kata sumber, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

Menurutnya, perintah reman selama lima hari sehingga Ahad telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!