Faisal Halim jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri

Iklan
Faisal Halim. Foto Bernama

PEMAIN kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pemain sayap itu telah memulakan sesi intensif tersebut sejak beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH pada minggu hadapan, beliau juga akan mula membuat latihan larian bagi mendapatkan semula kecergasannya.

"Namun, latihan yang akan dilakukan Faisal hanya melibatkan rutin ringan memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan Tabung Solidariti kepada Selangor FC di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, proses pemulihan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

Iklan

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan terkini siasatan kes berkenaan daripada pihak polis.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!