Kilang kitar semula plastik haram operasi tanpa EIA disiasat - Mohamad Sabu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Kilang kitar semula plastik haram yang beroperasi tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah akan disiasat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, arahan siasatan lebih terperinci telah diberikan kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengarahkan Jabatan Perikanan dan Jabatan Veterinar untuk membuat siasatan terperinci dan menyediakan laporan berhubung perkara ini.

"Kenyataan lanjut akan menyusul," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan
Datuk Seri Mohamad Sabu

Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah membongkar kegiatan sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan di daerah Kuala Muda, Kedah.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan terbabit dikesan dalam Ops Patuh bermula jam 11 pagi pada Rabu dilaksanakan JAS secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Iklan

Beliau berkata, kilang kitar semula terbabit dipercayai beroperasi secara haram dengan menjadikan pelet yang dibungkus dalam pek-pek makanan ikan.

Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 100 tan metrik yang telah selesai diproses sebagai pelet dan dibungkus dalam plastik bertulis makanan ikan air tawar selain kira-kira 100 tan metrik plastik terpakai yang belum diproses.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai Ops Patuh Bersepadu Pemutihan Kawasan Pengoperasian Kitar Semula Secara Haram di daerah Kuala Muda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!