Pendapatan Felda meningkat kepada RM186 juta suku pertama 2024

Iklan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023, kata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendapatan itu merangkumi pendapatan hasil sawit lot Felda, dividen, yuran pengurusan dan lain-lain pendapatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, perbelanjaan keseluruhan Felda merekodkan sebanyak RM278 juta atau menurun sebanyak 39 peratus pada berbanding suku pertama 2023.

"Jumlah perbelanjaan ini merangkumi perbelanjaan kos operasi ladang, kos pentadbiran, perbelanjaan peneroka, kos kewangan dan juga penjejasan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Iklan

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang mahu mengetahui mengenai prestasi kewangan Felda sehingga suku tahun pertama 2024.

Ahmad Zahid berkata, secara keseluruhannya, prestasi kewangan Felda menunjukkan kenaikan memberangsangkan dalam pengurusan kewangan dan operasi organisasi serta pelaksanan strategi yang lebih berkesan dalam mengawal kos dan meningkatkan kecekapan berbanding suku sama tahun lepas. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!