Martinez hampiri gelaran Kasut Emas

Iklan
Lautaro Martinez. Foto AFP

SEBANYAK 53 gol dihasilkan dalam 24 perlawanan peringkat kumpulan Copa America 2024 yang berakhir pada Rabu.

Meskipun Uruguay paling produktif dengan sembilan gol, namun pemain yang mengetuai senarai penjaring terbanyak kejohanan sekali gus berpotensi merebut anugerah Kasut Emas ialah penyerang Argentina, Lautaro Martinez.

Iklan
Iklan

Penyerang Inter Milan itu sudah menjaringkan empat gol setakat ini.

Martinez berpeluang menambah koleksi golnya apabila Argentina turun berdepan Ecuador dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat ini.

Iklan

Pun begitu, terdapat enam pemain yang mampu mencabar Martinez dan kesemuanya mengumpul dua gol.

Pemain tersebut ialah ayam tambatan Brazil, Vinicius Junior; penyerang sensasi Uruguay; Darwin Nunez; Mathias Vina (Uruguay), Max Araujo (Uruguay) serta Salomon Rondon dan Eduard Bello yang kedua-dua menyumbat gol buat Venezuela.

Iklan

Pada edisi 2021 di Brazil, penyerang Argentina, Lionel Messi meraih Kasut Emas selepas menyumbat empat gol dalam kejohanan tersebut.

Lebih manis, Messi memainkan peranan penting membantu pasukannya meraih gelaran juara menewaskan Brazil 1-0 di perlawanan akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!