BANYUWANGI - Sebuah kubur seorang wanita di Desa Plampangrejo, Kecamatan Cluring digali oleh individu tidak dikenali pada Sabtu.
Ketua kampung berkenaan, Yudi Wiyono yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, perkara itu diketahui oleh seorang penjaga kubur selepas dia datang melawat kawasan perkuburan tersebut.
"Saya percaya kejadian itu dilakukan pada malam hari. Pagi tadi sekitar jam 7.30 pagi (Ahad) penjaga kubur melihat ada kesan kubur digali, setelah itu dia laporkan kepada saya," kata Yudi kepada pemberita pada Selasa.
Menurut Yudi, kubur berkenaan dipercayai makam seorang perempuan yang dikenali sebagai ED,43, yang meninggal minggu lalu kerana sakit.
"Penggalian dilakukan tepat selepas tujuh hari Allahyarham dikebumikan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, jenazah masih berada dalam keadaan baik kerana pelaku hanya mengambil dua helai tali putih pengikat kain kafan jenazah.
'Tali pocong' itu lazimnya diikat di beberapa bahagian di kain kafan jenazah antaranya di kepala, leher dan kaki.
Dipercayai tujuan tali pocong dicuri untuk dijadikan syarat dalam ritual ilmu ghaib.
Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kubur itu digali dan pelaku kini sedang diburu oleh pihak polis. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!