Bekas Presiden MTUC Zainal Rampak meninggal dunia

Iklan
Zainal

SHAH ALAM - Pemergian Tan Sri Zainal Rampak yang meninggal dunia pada pagi Khamis merupakan kehilangan besar buat Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan pekerja di negara ini.

Setiausaha Agung MTCU, Kamarul Baharin Mansor berkata, sepanjang hampir dua dekad menerajui kesatuan ini Allahyarham turut mendapat gelaran 'Bapa Pekerja Malaysia’ pada 1 Mei 1997 itu banyak memperjuangkan kesejahteraan pekerja di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Dengan dukacita, kami mengumumkan bahawa Tan Sri Zainal Rampak, seorang tokoh kesatuan sekerja yang dihormati dan dihargai, telah meninggal dunia pada pagi ini.

"Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat gerakan kesatuan sekerja dan seluruh komuniti pekerja. Sebahagian hidup Tan Sri memperjuangkan kepada kesejahteraan dan meningkatkan taraf hidup golongan pekerja. Sumbangan beliau akan terus dikenang dan dihargai oleh semua yang mengenalinya.

Iklan

Allahyarham Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC bermula 1986 hingga 2004, selain turut menjadi ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan dari tahun 1994 hingga kini.

Iklan

Kepimpinan beliau juga melangkaui sempadan negara apabila dilantik sebagai Pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa bagi rantau Asia Pasifik dari tahun 2001 hingga 2009.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Senator pada Disember tahun 1998 sehingga tahun 2005.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!