39 mayat dalam kontena: Pemandu lori diekstradisi ke UK

Iklan
Polis memeriksa kontena di mana 39 mayat warga Vietnam ditemui di London Oktober lalu. - Foto: Agensi

LONDON - Seorang pemandu lori yang dikehendaki berhubung kes penemuan 39 mayat dalam sebuah kontena di kawasan perindustrian di Essex, timur London Oktober lalu akan diekstradisi dari Ireland ke United Kingdom (UK).

Eamonn Harrison, 23, dikehendaki atas tuduhan penyeludupan manusia dan kesalahan imigresen serta 39 tuduhan pembunuhan.

Iklan
Iklan

Ekstradisi Harrison diluluskan Hakim Donald Binchy di Mahkamah Tinggi Dublin hari ini selepas Waran Penangkapan Eropah dikeluarkan.

Harrison dari Mayobridge, di daerah Down, Ireland Utara didakwa memandu kontena tersebut ke pelabuhan Zeebrugge di Belgium sebelum menandatangani notis penghantarannya.

Iklan

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 31 lelaki dan lapan wanita itu kemudiannya dikenal pasti warga Vietnam dengan dua remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi mangsa paling muda.

Harrison direman dan dijangka hadir ke mahkamah pada 4 Februari depan.

Iklan

Seorang lagi pemandu lori Maurice Robinson, 25, dari Craigavon, Ireland Utara dituduh dengan 39 tuduhan pembunuhan dan pengubahan wang haram. - Agensi